atikahnufail
Akhirnye... Saya menulis kembali. Agak lama meninggalkan blog ini. Rasanye penuh dengan habuk dan sawang. Jadi, saya ubah dan hiasi sedikit blog ini agar dapat menarik.



Cuti semester ini saya mengambil kesempatan untuk menjadi fasilitator di sekolah lama saya iaitu Kolej Islam Sains Terengganu atau sekarang dikenali sebagai Sek. Men. IMTIAZ Kuala Berang.Walaupun program itu sudah beberapa minggu berlalu tapi ia masih segar dalam ingatan saya. Ini ialah antara pengalaman yang menarik yang saya lalui pada cuti semester ini.

KMP3 atau Kem Menuju Puncak 3 ini adalah kali ketiga yang dilaksanakan oleh alumni sekolah. Sebelum saya sudah lama memasang niat untuk menyertai program tapi tidak berkesempatan. Alhamdunillah, akhirnya tahun ini dapat juga saya sertainya.Program ini juga bertambah seronok kerana batch saya antara teramai yang menyertai program ini dan boleh buat reunion sekali.

Walaupun ada beberapa masalah dalam kem ini, tapi ia sebenarnya satu pengalaman untuk semua yang menyertainya dan pengalaman merupakan ilmu paling berharga sekali.



Lumrah,apabila jadi fasilitator, saya dapat adik-adik baru. Kumpulan Al-Khawarizmi chaiyok2. " Khawarizmi... Allahuakhbar ". Alif, Ikhwan, Yana, Izzati, Zahra, Aisyah Hamida dan Ain akak mintak maaf kalau tak rasa seronok apabila bersama akak semasa kem tu. Akak doakan adik-adik cemerlang dunia akhirat dan menjadi hafiz atau hafizah. Kamu semua kumpulan yang hebat, akak seronok dengan kamu semua. InsyaAllah, lain kali kita jumpa lagi.




Saya juga bertambah seronok dengan kehadiran Ustaz Syaari dan Kak Syuhada dalam slot motivasi kem tersebut. Penyampai mereka memang hebat, dengan konsep teori dan praktikal dalam masa yang sama. Terima kasih ustaz dan Kak Syuhada kerana sudi datang ke sekolah kami.





Jadi fasilitator memang seronok kerana dapat " membuli adik-adik" hehehe. Sorry ye adik-adik, main-main je tu.





Alhamdunillah, program ini dapat dilaksanakan. Saya mohon kemaafan kepada semua yang terlibat dalam program ini jika ada kesalahan yang dalam sedar ataupun tidak. Semoga akan datang, kita dapat perbaiki dan laksanakan dengan lebih baik dari sebelum ini.



Pandanglah dengan mata hati di KMP3, begitu banyak input yang saya dapat semasa kem dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Semoga dengan pandangan mata hati dapat melihat dengan lebih mendalam dan yang lebih baik atau positif.