Persediaan untuk final exam, cuba melawan nafsu untuk study...
Ya Allah.. kuatkan semangat kami.
Pengorbanan ke???
Jika benar...
Sedikit sahaja kalau dibandingkan dengan pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim a.s. Sungguh hebat ujian yang Allah berikan kepada mereka untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan keluarga Nabi Ibrahim terhadapNya. Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk meninggalkan isterinya yang tercinta, Siti Hajar dan anaknya yang tersayang, Nabi Ismail a.s. di tempat yang tiada sumber air. Walaubagaimanapun, Sit Hajar tabah membesarkan Nabi Ismail a.s. seorang diri.
Ditambah lagi ujian mereka, apabila Allah s.w.t memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. menyembelih Nabi Ismail a.s. Ketaatan yang tinggi ditunjukkan oleh Nabi Ismail a.s. apabila tidak membantah dengan perintah tersebut malah akur dan menerimanya dengan redha.
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata:"Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu.Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab:"Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".
(QS. 37:102)
Kisah yang memberikan kita motivasi untuk menjalani kehidupan seharian. Adakah kita sekarang berkorban? Pemikiran yang biasa kita bawa apabila Raya Aidil Adha dengan terkorbannya lembu dan kambing. Penghayatan yang kita perlu sama-sama renungkan ialah sejauh mana kita berkorban? Pilihan : antara pengorbanan nafsu dan ketaatan pada perintahNya.Ini kerana pengorbanan yang kita buat sekarang adalah menjadi ukuran iman kita terhadap Allah.
Pengorbanan yang dibuat oleh keluarga Nabi Ibrahim a.s. tidak berakhir dengan begitu sahaja apabila Allah memberikan ganjaran sangat besar kepada Keluarga Nabi Ibrahim a.s.
Cuba kita fikirkan, bahawa pengorbanan yang kita buat sekarang bukannya tiada makna pada pandangan Allah s.w.t. Pengorbanan wang, masa dan tenaga untuk agama Allah s.w.t. pasti akan dibalas dengan darjat yang sangat tinggi. Amin...