atikahnufail


Album : Di Pintu Langit
Munsyid : Snada
http://liriknasyid.com


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

Cipt. : M. Lukman Nunasyim (Maroji : QS Asy-Syamsy)
Music Arr. : Ari Wibowo
Vocal Director : Erwin Yahya/Ikhsan Nur Ramadhan
MyEm0.Com
atikahnufail

Pernah anda ditanya atau dengar dimana-mana soalan sedemikian?
Kalau pernah, apakah yang anda jawab?
Soalan ini merupakan soalan yang ditanya oleh seorang kakak semasa kuliah maghrib tadi, di surau kolej kediaman kepada yang hadir.
Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya ialah saya telah menunaikan kewajipan terhadap ALLAH s.w.t. Tetapi samada diterima atau tidak saya tidak mengetahuinya dan kita sebagai hambaNYA mestilah cuba melakukan yang terbaik.

Sembahyang merupakan perhubungan kita dengan ALLAH s.w.t secara langsung dan dalam sehari kita wajib bertemu atau berhubung dengan pencipta kita sebanyak lima kali. Kita tidak melupakan pencipta kita walaupun mungkin sibuk dengan hal duniawi.
Solat juga merupakan kewajipan kita sebagai umat islam dan merupakan pertama yang akan dihisab oleh ALLAH s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”


Mungkin anda pernah tertanya-tanya kenapa masih ada lagi tanpa segan-silu melakukan perkara mungkar atau maksiat walaupun mereka solat?
Solat yang dilakukan tanpa keikhlasan kepada ALLAH s.w.t atau melakukannya sambil lewa tidak dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan kepada ALLAH s.w.t.
Sesungguhnya sembahyang dalam erti kata yang sebenar ialah sembahyang yang dikerjakan dengan hati yang khusyuk dan menghayati setiap apa yang dibaca.
Usaha kita ke arah untuk khusyuk dalam solat semestinya dengan pencarian dan penambahan ilmu mengenai solat.

Saya pernah terbaca mengenai keadaan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. bersolat, mereka begitu khusyuk dan menghayati sehingga ada yang menangis,mengigil,pucat dan pengsan ketika solat. Itulah kehebatan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w yang kita cuba jadikan contoh dan teladan dalam kehidupan kita.

Kita perlulah sentiasa berusaha untuk menyempurnakan solat supaya solat kita ini diterima oleh ALLAH s.w.t.

MyEm0.Com
atikahnufail


Saya memang tak tahu malu, ucap hari lahir pada diri sendiri.MyEm0.Com
Kalu ikut masihi memang hari ni hari lahir saya tapi kalau ikut hijrah tak sampai lagi. Anda semua tahu tak tarikh lahir dalam hijrah? Kalu nak tahu klik sini.

Mengingati hari kelahiran merupakan salah satu perkara penting dalam hidup kita.Kita akan bersyukur kerana kita masih hidup di dunia ini.Dalam masa yang sama kita akan ingat yang kematian itu semakin hampir dengan kita. Adakah kita sudah bersedia? Cukupkah amalan kita di dunia ini?

Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila orang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".




Hari kelahiran merupakan hari pengorbanan ibu kita yang telah bersusah-payah untuk melahirkan kita di muka bumi ini. Ucapan terima kasih sepatutnya diucapkan kepada ibu kita pada hari lahir kita sendiri.
Sebenarnya saya tak pernah terfikir pun untuk mengucapkan terima kasih kepada mak saya pada hari lahir saya sendiri. Saya tunggu mak saya ucap adalah. Saya mula sedar apabila pergi ke satu seminar yang dianjurkan oleh universiti tahun lepas. Ketika itu kuliah magrib agaknya. Memang sedih masa tu. MyEm0.Com
Malu juga nak cakap tapi itu ialah ucapan yang dapat juga membahagiakan seorang ibu walaupun sedikit.


video

Terima kasih juga kepada mak dan ayah kerana telah bersusah payah membesarkan anakmu ini.Sesungguhnya diriku tak terbalas pengorbananmu di dunia ini. Terlalu inginkan keampunan dari dirimu, kerana anakmu ini begitu banyak membuatmu terluka...

"I LOVE BOTH OF YOU VERY MUCH"MyEm0.Com