atikahnufail

"... baik dan solehah" sungguh petah bibir comel itu menyebutnya setiap kali ayat itu yang didengarinya. Itulah Annis Zulaikha Binti Abdul Hisham seindah namanya, baru berumur 3 tahun pada awal Oktober lepas dan merupakan salah seorang daripada anak saudara saya.

video video ini sound quality agak low, oleh itu setting volume di laptop @ komputer anda sehabisnya.
-harap maklum-

Kata-kata merupakan doa dan doa kanak-kanak yang belum baligh lebih mustajab. Secara automatiknya Ikha juga sedang berdoa, walaupun Ikha mungkin belum mengerti makna perkataan 'solehah' itu.
Memang itulah salah satu harapan ibubapa untuk melihat anak mereka menjadi anak yang soleh atau solehah dan semestinya daripada kecil lagi mereka diasuh menjadi soleh dan solehah. InsyaALLAH, soleh dan solehah merupakan satu titik permulaan sebuah keluarga bahagia.

Saya dan adik saya baru minggu lepas bertandang ke rumah kakak saya di Kuantan. Kami berdua sempat bermain bermain bersama Ikha dan anda boleh saksikannya melalui gambar-gambar di bawah.

"Biarlah gambar berbicara"





Sebenarnya Ikha tidak memakai baju akibat kepanasan pada hari itu. Oleh itu, saya pun edit dengan mengambil mana-mana baju di 'butik saya'.
MyEm0.Com.
Perhatikan betul-betul.Nampak macam die pakai baju tak? Kalu nampak, anda sudah tertipu.


Sekarang baju lain pulak .Hepinye die.MyEm0.Com



"Nak Solat"

Ketika itu saya nak solat zohor dan saya ajak Ikha sekali untuk solat. Tiba-tiba dia berlari ke bilik ibunya dan datang semula kepada saya dengan memakai tudung sebab nak solat sekali.
So sweet... .MyEm0.Com mase tu.
Tudung pemberian adik saya (Ada) dan katanya itu tudung 'Mawi Ekin'. Terpengaruh jugak dia ni.
Di bawah ialah gambar aksi-aksi Ikha apabila memakai tudung 'Mawi Ekin'.



'Ya ALLAH jadikanlah Ikha anak yang solehah'. amin....MyEm0.Com
atikahnufail

klik pada gambar untuk view.

Komik Alwan lagi..
Kalau boleh saya nak letak semuanya, tetapi biarlah pembaca boleh hayati betul-betul.
Bak kata orang 'Biar ada feeling sikit'.

Saya ingat nak warna la kartun ni tapi rasanya tak menjadi apabila saya cuba warna rambut. Tengok la pada rambut kartun tu. Tak cantik. Jadi, tak pandai warna saya pun lakukanlah proses edit-mengedit.

Kalau anda sudah pernah baca dimana-mana, baca lagi berulang kali untuk sentiasa menjadi peringatan untuk kita. Selepas baca boleh la copy untuk disebarkan pada sahabat-sahabat lain.

"Help spread the message of islam, ALLAH will help you"
atikahnufail


Comelnye budak ni...
Saya suka sangat watak budak kecik ni.

Gambar ini merupakan salah satu cerita yang terdapat dalam Komik Alwan yang adik (C-Lah) saya download. Sungguh mulia niat mereka bukan sahaja boleh download free tapi boleh sebarkan jugak.

Jadi... Saya naklah jadi salah seorang penyebar tu. Banyak lagi isi dalam komik tu dan saya akan post lagi pada masa akan datang.
Kalu nak lukis sendiri, saya tak berbakat untuk bab lukis2 ni.

Untuk memeriahkan suasana, saya pun lakukanlah proses edit-mengedit..


Kalau kurang jelas boleh klik2 pada gambar untuk view lebih besar.

~ PeaCe for ISLAM ~

atikahnufail


HURAIAN

-Peranan niat adalah amat penting dalam kehidupan manusia, kerana niat menentukan segala galanya samaada jujur atau tidak jujurnya, sama ada ikhlas atau tidak ikhlas seseorang itu atau sebagainya, semuanya bergantung dengan niat.

-Ulama’ kaum muslimin meletakkan niat itu sebagai rukun pertama dalam semua ibadat. Bahkan untuk membedakan antara ibadat dengan adat hanyalah dengan niat. Jika niatnya baik, baiklah amalannya dan begitulah seterusnya.

-Sesuatu perbuatan adat jika diniatkan mengikut tuntunan dan keredaan Allah dan Rasulullah maka ia berubah menjadi ibadat dan mendapat pahala.

-Penghijrahan manusia dari satu tempat kesatu tempat dari satu tugas kesuatu tugas. Dari satu hajat kesuatu hajat semuanya akan dilaksanakan mengikut apa yang diniatkan.

SUMBER : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Hadis dan huraian ni saya ambil di la man web iluvislam.com.



Amal yang ikhlas

'Amal yang didasarkan kepada niat yang baik dan ikhlas diterima ALLAH dan diberi ganjarannya. Imam Nawawi dalam keterangannya mengenai 'amal yang disertakan niat yang baik, telah berkata: Bahawa 'amal ini ada tiga bahagian, iaitu:

1. 'Amal yang dikerjakan kerana takut kepada ALLAH. Amal ini dinamakan ibadat hamba.

2. 'Amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala. 'Amal ini dinamakan ibadat saudagar.

3. ' Amal dikerjakan kerana malu kepada ALLAh dan kerana dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah 'amalnya diterima atau tidak'. ' Amal ini dinamakan ibadat yang merdeka.

SUMBER: m/s 63 - HADITH 40 -MUSTAFA 'ABDUL RAHMAN-

Pepatoh org Ganu "hok kiter niat tu la, hok tu la kiter dapat." hehe :D

JOm beramal kerana ALLAH!!!
atikahnufail


Salam maal hijrah... Setiap orang semestinya mempunyai azam baru untuk dicapai dan semestinya azam baru itu mestilah ke arah kebaikan. Saya juga rasakan azam saya begitu banyak dan saya perlu listkan. Di samping itu juga, saya perlu tampal di meja study saya untuk saya selalu ingat dan sentiasa berusaha untuk merealisasikannya.
Saya juga mengakui tidak semestinya azam tahun ini dapat dicapai sepenuhnya tetapi kita boleh jadikan azam kita itu sebagai satu garis panduan dalam hidup kita.

Baru-baru ini saya ada menonton rancangan 'Suara Siswa' di tv 1 yang dihostkan oleh Dr. Fazley. Isu yang dibincangkan ialah "Hijrah: Makna pada siswa".



Perbincangan mereka juga menarik dan bersahaja bersama panel-panel jemputan yang terdiri daripada mahasiswa yang mewakili universiti masing-masing. Saya begitu tertarik dengan satu soalan ketika sesi soal jawab, iaitu "Kenapa azam tahun baru dilebihkan daripada azam maal hijrah?". Saya juga bersetuju begitu ramai remaja islam lebih mengutamakan azam tahun baru daripada azam maal hijrah, padahal hijrah merupakan peristiwa begitu penting dan besar dizaman Rasulullah s.a.w. Semestinya peristiwa maal hijrah perlu diberikan banyak pendedahan supaya dapat dihayati bersama.

video

Hijrah menuju Allah
Album : Devotees
Munsyid : Devotees

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

c/o
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah...

~JOM Hjrah Menuju ALLAH!~
atikahnufail


Akhirnya, saya berblog juga. Agak lama juga saya ingin mengambil keputusan untuk berblog. Saya memikirkan tentang risiko-risiko yang saya akan hadapi dan kebaikan dan keburukan yang saya akan dapat apabila berblog.Hasilnya, saya dapati begitu banyak kebaikan daripada keburukan.

Begitu banyak faktor yang menyebabkan saya ingin berblog. Antaranya apabila saya membaca luahan-luahan di blog sahabat-sahabat seperjuangan, ia terkesan di hati saya dan saya juga inginkan pembaca-pembaca di blog saya juga begitu. Saya juga kagum dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang berblog walaupun sibuk dan memegang jawatan yang penting di kampus tapi masih sempat lagi untuk berblog. Saya yang tak berapa sibuk dan mempunyai banyak masa tidak berblog pun.

Saya mengaku saya bukanlah penulis yang baik, tetapi apabila kita berblog ia akan mengasah bakat penulisan dan meningkatkan daya intelektual masing-masing. Apabila berblog, kualiti bahasa dan cara pengolahan memainkan peranan penting untuk menarik pengunjung bertandang ke blog dan saya ingin berusaha ke arah itu supaya blog saya menjadi menarik.

Saya begitu tertarik dengan salah satu artikel daripada blog yang saya baca iaitu memblog juga satu perkara yang pasti akan diminta dipertanggungjawabkan oleh Allah Taala di Padang Mahsyar dan Hari Perhintungan kelak. Saya ingin berblog kerana ingin mencari redha Allah kerana seseorang bloggers secara sedar atau tidak sedar sedang memilih antara jalan ke Syurga atau menempah lorong ke Neraka.



Saya impikan blog saya bermanfaat kepada orang lain dalam masa yang sama untuk diri saya juga. Medium blog juga merupakan medium ingat-mengingati antara satu sama lain.

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”

Berblog juga sesuai untuk saya yang masih malu untuk menjadi ‘public figure’, tidak suka ke depan, malu bercakap di khalayak ramai. Dunia blog merupakan training untuk saya berhujah dan memberi pandangan.

Saya bukan inginkan pujian semata-mata tetapi hanya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya ada. Saya terbuka menerima teguran kerana saya akui, saya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Diharap pengunjung dapat memberi teguran yang bernas kepada saya.