Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”
(al-Bukhari)
Alhamdunillah, perubahan yang berlaku pada Sham Kamikaze member impak , terutamanya kepada anak muda. Perubahan yang dilakukan membuatkan dirinya lebih dikenali. Isterinya yang melakukan perubahan terlebih dahulu sentiasa memberi dorongan dalam perubahan dirinya.
Sebelum ini saya tak berminat, mula menjadi berminat mengikuti kisah beliau. Beliau sekarang adalah seorang Pendakwah , Music Director, Guitar Player , Producer, Arranger , Composer, Director of Studio 21 and Gothic Records, Fender Ambassador of Malaysia.
Nasihat dan peringatan waktu solat selalu diupdate di fan Facebook dan twitter. Salah satu cara dakwah yang dilakukan dan selalu juga dijemput memberi ceramah motivasi di sekolah, surau dan masjid.
Berdoalah supaya kita ditetapkan hidayah dan jangan dibolak-balik hati kita.
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engakau; karena sesungguhnya Engkaulah Maha pemberi (karunia).(Qs.Al-Imron:8).
Doakan juga kepada mereka yang masih lagi yang belum mendapat cahaya hidayah. Semoga semakin ramai artis yang akan menjadi ikon yang baik kepada generasi sekarang.
Dari Abi Zar r.a, Nabi S.A.W bersabda: (Hadith Qudsi) ”Firman Allah Taala: Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke ats diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri.
Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah sesat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan.Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu.Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan.Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan...”
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : Daripada Ibnu Umar r.a berkata " Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.
InsyaAllah pelbagai macam perkara dapat diselesaikan seperti di bawah :
Tension
Panas
Gila
Kecewa
Sedih
Marah
Dan hasilnya… selepas membaca surat CINTA dariNYA
Sangat2 Positif
Bacanya di mana sahaja
A defected Yemeni soldier who joined sides with anti-regime protesters reads the Koran as he sits on an armoured vehicle near the entrance to Taghyeer Square in Sanaa August 2. After six months of mass protests seeking to end president Ali Abdullah Saleh's 33-year rule, demonstrators vow to continue their sit-in at Taghyeer square through the Muslim fasting month of Ramadan until their demands are met. (Jumana El Heloueh/Reuters)#sumber gambar
A man reads the Koran on the first day of Ramadan while taking shelter from rain on a sidewalk in Lahore August 2. (/MohsinRaza/Reuters)
Pernah terbaca komen seseorang, kalau di Malaysia membaca al-Quran di tempat awam, seperti menunggu bas, dalam bas, tepi bas atau tempat yang tidak kebiasaannya, dirasakan seperti pelik+janggal+ +
Oh! MALAYSIA… Jom Ubah
Kepada seluruh umat ISLAM
JOM! Rebut hadiah menarik dibulan ini tanpa segan-silu.
Semoga momentum bulan ini berterusan hingga ke bulan-bulan seterusnya...
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬