atikahnufail


atikahnufail


Raudah/Raudhah maksudnya taman.

Di Masjid Nabawi, Raudhah merupakan tempat ynag sangat mulia kerana selain daripada menjadi tempat Rasulullah SAW dan para sahabat beribadah, ia juga merupakan tempat turunya wahyu kepada Rasulullah SAW.

Dalam hadis Rasullah SAW menyatakan bahawa Raudhah merupakan taman syurga, dimana terletak antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA. Sabdanya;“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”

Bermaknanya Raudah...
Semoga nama ini, apabila digunakan, menjadi seindahnya.
atikahnufail


Alhamdunillah, syukur.. kita masih diberi peluang untuk benafas di duniaNya.
Semoga azam tahun baru kali ini lebih baik dan insyaAllah menuju kepadaNya.

Jalan yang mana kita pilih?
Semua atas kehendak diri.
Pilihlah yang terbaik.
Pilihan yang menentukan masa hadapan.
atikahnufail



Persediaan untuk final exam, cuba melawan nafsu untuk study... MyEm0.Com
Ya Allah.. kuatkan semangat kami.

Pengorbanan ke???

Jika benar...
Sedikit sahaja kalau dibandingkan dengan pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim a.s. Sungguh hebat ujian yang Allah berikan kepada mereka untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan keluarga Nabi Ibrahim terhadapNya. Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk meninggalkan isterinya yang tercinta, Siti Hajar dan anaknya yang tersayang, Nabi Ismail a.s. di tempat yang tiada sumber air. Walaubagaimanapun, Sit Hajar tabah membesarkan Nabi Ismail a.s. seorang diri.

Ditambah lagi ujian mereka, apabila Allah s.w.t memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. menyembelih Nabi Ismail a.s. Ketaatan yang tinggi ditunjukkan oleh Nabi Ismail a.s. apabila tidak membantah dengan perintah tersebut malah akur dan menerimanya dengan redha.

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata:"Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu.Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab:"Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".
(QS. 37:102)

Kisah yang memberikan kita motivasi untuk menjalani kehidupan seharian. Adakah kita sekarang berkorban? Pemikiran yang biasa kita bawa apabila Raya Aidil Adha dengan terkorbannya lembu dan kambing. Penghayatan yang kita perlu sama-sama renungkan ialah sejauh mana kita berkorban? Pilihan : antara pengorbanan nafsu dan ketaatan pada perintahNya.Ini kerana pengorbanan yang kita buat sekarang adalah menjadi ukuran iman kita terhadap Allah.

Pengorbanan yang dibuat oleh keluarga Nabi Ibrahim a.s. tidak berakhir dengan begitu sahaja apabila Allah memberikan ganjaran sangat besar kepada Keluarga Nabi Ibrahim a.s.

Cuba kita fikirkan, bahawa pengorbanan yang kita buat sekarang bukannya tiada makna pada pandangan Allah s.w.t. Pengorbanan wang, masa dan tenaga untuk agama Allah s.w.t. pasti akan dibalas dengan darjat yang sangat tinggi. Amin...



atikahnufail




Bila tension... tidur... zzzz






Bila tension... tak makan langsung





Bila tension... makan banyak2











Bila tension... mulut panjang sedepa, dahi
berkerut-kerut.






Bila tension... macam-macam ada...

MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com
Lama-lama... boleh... shi shi aa..







MENGATASI TEKANAN PERASAAN MENGIKUT CARA ISLAM

Tip Mengurangkan Tekanan

Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-

> Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

> Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

> Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

> Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

> Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

> Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

> Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

> Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

> Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

> Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

sumber

Bak kata sahabat " Kita tak sepatutnya tension, kita ada ALLAH"


atikahnufail
Salam Aidilfitri...

Anis Zulaikha dah besar, dah nak masuk 4.
Mmm... dan pandai bergaya.MyEm0.Com

MyEm0.ComIkha with abah.


MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com Jom buat kerja bersama Ikha.

MyEm0.Com Hepinye die..







sekian.. akan bersambung..
MyEm0.Com
atikahnufail
atikahnufail
Akhirnye... Saya menulis kembali. Agak lama meninggalkan blog ini. Rasanye penuh dengan habuk dan sawang. Jadi, saya ubah dan hiasi sedikit blog ini agar dapat menarik.



Cuti semester ini saya mengambil kesempatan untuk menjadi fasilitator di sekolah lama saya iaitu Kolej Islam Sains Terengganu atau sekarang dikenali sebagai Sek. Men. IMTIAZ Kuala Berang.Walaupun program itu sudah beberapa minggu berlalu tapi ia masih segar dalam ingatan saya. Ini ialah antara pengalaman yang menarik yang saya lalui pada cuti semester ini.

KMP3 atau Kem Menuju Puncak 3 ini adalah kali ketiga yang dilaksanakan oleh alumni sekolah. Sebelum saya sudah lama memasang niat untuk menyertai program tapi tidak berkesempatan. Alhamdunillah, akhirnya tahun ini dapat juga saya sertainya.Program ini juga bertambah seronok kerana batch saya antara teramai yang menyertai program ini dan boleh buat reunion sekali.

Walaupun ada beberapa masalah dalam kem ini, tapi ia sebenarnya satu pengalaman untuk semua yang menyertainya dan pengalaman merupakan ilmu paling berharga sekali.



Lumrah,apabila jadi fasilitator, saya dapat adik-adik baru. Kumpulan Al-Khawarizmi chaiyok2. " Khawarizmi... Allahuakhbar ". Alif, Ikhwan, Yana, Izzati, Zahra, Aisyah Hamida dan Ain akak mintak maaf kalau tak rasa seronok apabila bersama akak semasa kem tu. Akak doakan adik-adik cemerlang dunia akhirat dan menjadi hafiz atau hafizah. Kamu semua kumpulan yang hebat, akak seronok dengan kamu semua. InsyaAllah, lain kali kita jumpa lagi.




Saya juga bertambah seronok dengan kehadiran Ustaz Syaari dan Kak Syuhada dalam slot motivasi kem tersebut. Penyampai mereka memang hebat, dengan konsep teori dan praktikal dalam masa yang sama. Terima kasih ustaz dan Kak Syuhada kerana sudi datang ke sekolah kami.





Jadi fasilitator memang seronok kerana dapat " membuli adik-adik" hehehe. Sorry ye adik-adik, main-main je tu.





Alhamdunillah, program ini dapat dilaksanakan. Saya mohon kemaafan kepada semua yang terlibat dalam program ini jika ada kesalahan yang dalam sedar ataupun tidak. Semoga akan datang, kita dapat perbaiki dan laksanakan dengan lebih baik dari sebelum ini.



Pandanglah dengan mata hati di KMP3, begitu banyak input yang saya dapat semasa kem dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Semoga dengan pandangan mata hati dapat melihat dengan lebih mendalam dan yang lebih baik atau positif.

atikahnufail


" Aku mencintai sahabatku segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku & menjaga nama baikku ketika aku hidup/selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka/duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya...(Imam Shafie)

" Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
(HR Al-Bukhari & Muslim)

"Sahabat yang beriman
ibarat mentari yang menyinar,
sahabat yang setia
bagai pewangi yang mengharum,
sahabat sejati menjadi pendorong impian,
sahabat berhati mulia
membawa kita ke jalan ALLAH"
(Saidina Ali bin Abi Talib)




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
atikahnufail


Album : Di Pintu Langit
Munsyid : Snada
http://liriknasyid.com


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

Cipt. : M. Lukman Nunasyim (Maroji : QS Asy-Syamsy)
Music Arr. : Ari Wibowo
Vocal Director : Erwin Yahya/Ikhsan Nur Ramadhan
MyEm0.Com
atikahnufail

Pernah anda ditanya atau dengar dimana-mana soalan sedemikian?
Kalau pernah, apakah yang anda jawab?
Soalan ini merupakan soalan yang ditanya oleh seorang kakak semasa kuliah maghrib tadi, di surau kolej kediaman kepada yang hadir.
Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya ialah saya telah menunaikan kewajipan terhadap ALLAH s.w.t. Tetapi samada diterima atau tidak saya tidak mengetahuinya dan kita sebagai hambaNYA mestilah cuba melakukan yang terbaik.

Sembahyang merupakan perhubungan kita dengan ALLAH s.w.t secara langsung dan dalam sehari kita wajib bertemu atau berhubung dengan pencipta kita sebanyak lima kali. Kita tidak melupakan pencipta kita walaupun mungkin sibuk dengan hal duniawi.
Solat juga merupakan kewajipan kita sebagai umat islam dan merupakan pertama yang akan dihisab oleh ALLAH s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”


Mungkin anda pernah tertanya-tanya kenapa masih ada lagi tanpa segan-silu melakukan perkara mungkar atau maksiat walaupun mereka solat?
Solat yang dilakukan tanpa keikhlasan kepada ALLAH s.w.t atau melakukannya sambil lewa tidak dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan kepada ALLAH s.w.t.
Sesungguhnya sembahyang dalam erti kata yang sebenar ialah sembahyang yang dikerjakan dengan hati yang khusyuk dan menghayati setiap apa yang dibaca.
Usaha kita ke arah untuk khusyuk dalam solat semestinya dengan pencarian dan penambahan ilmu mengenai solat.

Saya pernah terbaca mengenai keadaan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. bersolat, mereka begitu khusyuk dan menghayati sehingga ada yang menangis,mengigil,pucat dan pengsan ketika solat. Itulah kehebatan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w yang kita cuba jadikan contoh dan teladan dalam kehidupan kita.

Kita perlulah sentiasa berusaha untuk menyempurnakan solat supaya solat kita ini diterima oleh ALLAH s.w.t.

MyEm0.Com