atikahnufail


Akhirnya, saya berblog juga. Agak lama juga saya ingin mengambil keputusan untuk berblog. Saya memikirkan tentang risiko-risiko yang saya akan hadapi dan kebaikan dan keburukan yang saya akan dapat apabila berblog.Hasilnya, saya dapati begitu banyak kebaikan daripada keburukan.

Begitu banyak faktor yang menyebabkan saya ingin berblog. Antaranya apabila saya membaca luahan-luahan di blog sahabat-sahabat seperjuangan, ia terkesan di hati saya dan saya juga inginkan pembaca-pembaca di blog saya juga begitu. Saya juga kagum dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang berblog walaupun sibuk dan memegang jawatan yang penting di kampus tapi masih sempat lagi untuk berblog. Saya yang tak berapa sibuk dan mempunyai banyak masa tidak berblog pun.

Saya mengaku saya bukanlah penulis yang baik, tetapi apabila kita berblog ia akan mengasah bakat penulisan dan meningkatkan daya intelektual masing-masing. Apabila berblog, kualiti bahasa dan cara pengolahan memainkan peranan penting untuk menarik pengunjung bertandang ke blog dan saya ingin berusaha ke arah itu supaya blog saya menjadi menarik.

Saya begitu tertarik dengan salah satu artikel daripada blog yang saya baca iaitu memblog juga satu perkara yang pasti akan diminta dipertanggungjawabkan oleh Allah Taala di Padang Mahsyar dan Hari Perhintungan kelak. Saya ingin berblog kerana ingin mencari redha Allah kerana seseorang bloggers secara sedar atau tidak sedar sedang memilih antara jalan ke Syurga atau menempah lorong ke Neraka.



Saya impikan blog saya bermanfaat kepada orang lain dalam masa yang sama untuk diri saya juga. Medium blog juga merupakan medium ingat-mengingati antara satu sama lain.

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”

Berblog juga sesuai untuk saya yang masih malu untuk menjadi ‘public figure’, tidak suka ke depan, malu bercakap di khalayak ramai. Dunia blog merupakan training untuk saya berhujah dan memberi pandangan.

Saya bukan inginkan pujian semata-mata tetapi hanya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya ada. Saya terbuka menerima teguran kerana saya akui, saya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Diharap pengunjung dapat memberi teguran yang bernas kepada saya.
0 Responses

Post a Comment